top of page

PENGURUSAN STRES DIRI 

​

20160906_153441.jpg
15319022_10210246771420240_5001677502558
51294659_10216650262583517_4942041219069
PENGENALAN
Apabila seseorang itu marah, dia akan berasa stres. Apabila dia stres, dia akan mudah marah. Stres dan amarah adalah ibarat kembar yang saling menemani.
 
Pertambahan kerja, tekanan rakan kerja dan ketidakpastian antara sebab utama timbul rasa amarah dan stres. Masalah di rumah juga tidak kurang dalam memberi impak tambahan kepada amarah dan stres. Dalam situasi sedemikian, pengurusan masa menjadi sesuatu yang begitu penting dan kritikal dalam mengelakkan amarah mahupun stres. Modul ini telah disusun khusus untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang tiga perkara penting ini.
 
Kita juga akan belajar bagaimana menangani amarah dan stres, serta bagaimana menguruskan masa dengan baik. Jika kita mampu menguruskan masa dengan baik, amarah dan stres dapat dikurangkan, dan kita akan mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan cemerlang. Para peserta akan dilibatkan secara aktif dalam perbincangan dan aktiviti-aktiviti praktikal yang bersesuaian.

 

OBJEKTIF
Setelah mengikuti kursus ini, para peserta akan dapat:
 Mengenali Kekuatan, Kelemahan untuk menjadi membuka pontensi      diri lebih berjaya.
 Memperbaiki sikap diri, amalan, dan membentuk rangka tindakan          untuk menangani masalah diri.
 Mengenali penyebab amarah dan mengetahui cara menanganinya
 Mengenalpasti stres dan mengetahu cara mengatasinya
 Mengetahui cara-cara perancangan kerja dan pengurusan masa
    yang berkesan
 Mengetahui langkah-langkah disiplin diri ke arah mencapai etika          kerja yang cemerlang
 Menyumbang kepada peningkatan prestasi dan imej organisasi.

 

 

SASARAN PESERTA

Semua peringkat kakitangan sama ada pihak pengurusan atau kumpulan sokongan yang yang berminat mempelajari teknik dan kemahiran menguruskan masa dan kaedah menangani stres.
 
KANDUNGAN PROGRAM/KURSUS
​
1. ICE BREAKING & PENGENALAN DIRI EFEKTIF
- Pengenalan kursus
- Suaikenal peserta dan pengalaman serta tanggungjawab
- Gamification
- Renungan diri / muhasabah
- Power Of Doa
- Membentuk sahsiah diri dan pengenalan
​
2. ANALISIS DIRI
- Ujian Stres 
- Mengenal Potensi diri dan Kelemahan diri dalam Stres
​
3. MEMAHAMI STRES
- Definasi stres, simpton dan kesannya pada diri manusia.
- Punca-punca stres dan tekanan diri 
- Kesan-kesan tekanan
a. Fizikal 
b. Mental
c. Emosi
d. Perlakuan tubuh badan
e. Spiritual
f. Sosial
​
4. TEKNIK BRAGGING 
- Aktiviti "setting diri"
​
5. MENGURUS STRES DAN MENUKAR KEPADA POSITIF                KEJAYAAN SERTA MOMENTUM KEJAYAAN
​
- Tukar cara berfikir
- Fokus kepada pemikiran positif
- Mengenali otak kanan dan kiri
- Membebaskan kreativiti
- Aktiviti "HALANGAN"
- Sistem "Buddies"
- Fokus MATLAMAT & TINDAKAN
​
Program ini akan melibatkan 3 perkara penting semasa proses pembelajaran dijalankan.
​
1. Aktiviti
2. Ceramah
3. Spiritual
​
​
 
44174413_10215880404697551_1354428523887
facebook_untitled.jpg
facebook_untitled.jpg
bottom of page